Jauh Dari Rutin, Kembali Dekat Dengan Pasukan.


 


RETREAT KORPORAT DI ROYAL BELUM

Pengalaman Corporate Retreat di Royal Belum

MMJ Outdoor pakar dalam program team-building & corporate retreat dan pengalaman luar bangunan yang tak terlupakan di Taman Negeri Royal Belum.

Kami percaya hubungan yang bermakna tak terbina di bilik mesyuarat. Ia terbina bila staf anda melangkah keluar dari rutin dan gangguan harian mereka.

Program yang direka untuk tingkatkan kolaborasi, refleksi, komunikasi, dan interaksi pasukan yang unggul — semuanya di salah satu landskap semulajadi paling luar biasa di Malaysia.

Kenapa Royal Belum?

Hutan Hujan Purba

Antara yang tertua didunia — ekosistem hutan hujan berusia 130 juta tahun yang menawarkan ketenangan luarbiasa yang jauh dari bandar.

Gaya Hidup Houseboat

Berkongsi ruang hidup dalam houseboat sebagai pemangkin semulajadi interaksi dan komunikasi sepanjang program.

Bebas Gangguan Digital

Digital detox - peserta lebih fokus, terlibat sepenuhnya (presence), dan membina "human connection" yang lebih erat.

Ruang & Perspektif Yang Luas

Damai alam memperlahankan rentak interaksi — pasukan membina semula hubungan dengan cara yang jarang ada di lokasi konvensional.

CARA KAMI

Bukan Sekadar Aktiviti

Setiap program kami dibina atas dasar penyertaan, komunikasi, dan pengalaman yang dikongsi bersama.

Bukan semata² hiburan — ia pengalaman yang menggalakkan kolaborasi, kepimpinan, kepercayaan, dan refleksi kumpulan melalui aktiviti luar yang dipandu dengan teliti.

Persekitaran itu sendiri menjadi sebahagian daripada pengalaman.

Momen Yang Diingati Bersama

PERANCANGAN & PELAKSANAAN

Diuruskan Secara Profesional Dari Awal Hingga Akhir

MMJ Outdoor uruskan semua dari awal hingga akhir — supaya setiap retreat berjalan lancar tanpa sebarang masalah.

Dari logistik dan penginapan, aliran program, fasilitasi, houseboat, makanan, sehinggalah keselamatan — semua diuruskan dengan teliti dan profesional.

Dipercayai Oleh

Kadang-Kadang, Pasukan Perlu Keluar Untuk Kembali Lebih Kuat

Retreat korporat di Royal Belum menawarkan sesuatu yang semakin langka — ruang yang jauh dari rutin, gangguan, dan segala keterdesakan harian.

Di sinilah pasukan boleh memperlahankan langkah, berinteraksi dengan lebih bermakna, dan harungi cabaran bersama dalam persekitaran yang jauh berbeza.