
Mengapa Idea Terbaik Jarang Lahir Dalam Bilik Mesyuarat
Jun 2, 2026
Hutan Hujan ajar kita kepimpinan
Jun 10, 2026
Mengapa Idea Terbaik Jarang Lahir Dalam Bilik Mesyuarat
Jun 2, 2026
Hutan Hujan ajar kita kepimpinan
Jun 10, 2026
Kenapa perbualan terasa berbeza apabila di luar pejabat?
Perasan tak, ada sesetengah perbualan yang paling bermakna dalam kerjaya kita sebenarnya tidak berlaku di pejabat?
Bukan sebab tiada idea.
Tetapi kerana suasana memainkan peranan yang besar.
Di pejabat, fikiran kita sentiasa dipenuhi dengan tarikh akhir, e-mel yang belum dibalas, notifikasi yang tidak putus-putus dan senarai tugasan yang menunggu giliran.
Luar daripada persekitaran itu, ada perkara mula berubah.
Kita lebih "slow down".
Lebih banyak mendengar.
Kita lebih terbuka untuk berkongsi pandangan yang mungkin tidak pernah diungkapkan dalam mesyuarat rasmi.
Perkara ini sering kami lihat sepanjang program corporate retreat di Royal Belum.
Kadang-kadang, perbualan yang paling bernilai berlaku ketika berjalan di denai hutan, menghadapi cabaran bersama, atau sekadar duduk menikmati ketenangan alam.
Idea baharu muncul. Dan pasukan mula memahami satu sama lain pada tahap yang lebih mendalam.
Mungkin apa yang diperlukan oleh sesebuah pasukan bukanlah satu lagi mesyuarat.
Mungkin mereka hanya perlukan ruang untuk berbual dengan cara yang berbeza.
Di manakah perbualan kerja yang paling bermakna pernah berlaku untuk anda?













