Kenapa perbualan terasa berbeza apabila di luar pejabat?
Jun 10, 2026
Kenapa perbualan terasa berbeza apabila di luar pejabat?
Jun 10, 2026

Hutan Hujan ajar kita kepimpinan

Bila bercakap tentang pembangunan kepimpinan, ramai yang membayangkan bilik seminar, slide PowerPoint dan sesi latihan.

Tetapi hutan, ia mengajar sesuatu yang berbeza.

Dalam hutan, tiada siapa peduli apa jawatan yang tertera pada kad nama kita.

Orang yang paling kuat bercakap tidak semestinya menjadi pemimpin yang terbaik.

Yang lebih penting ialah keupayaan untuk cakna.

Bolehkah kita membaca situasi?

Bolehkah kita mendengar?

Bolehkah kita bertenang apabila keadaan tidak berjalan seperti yang dirancang?

Bolehkah kita membantu pasukan bergerak ke hadapan bersama-sama?

Sebahagian daripada pelajaran kepimpinan yang paling bermakna sebenarnya berlaku apabila seseorang keluar daripada persekitaran biasa dan berdepan situasi yang tidak dijangka bersama pasukan mereka.

Itulah antara sebab kami gemar menganjurkan leadership retreat di Royal Belum.

Hutan mempunyai cara tersendiri untuk memperlihatkan bagaimana seseorang benar-benar memimpin.

Dan kadangkala, di situlah proses pembelajaran sebenar bermula.

Pada pendapat anda, apakah pelajaran kepimpinan paling berharga yang pernah anda pelajari di luar tempat kerja?

Pengalaman Teambuilding 3D2N Royal Belum

Hari 1 — Ketibaan & Penyesuaian Diri

10:00 PM
Berkumpul di pejabat dan bertolak menuju Royal Belum
5:00 AM
Jangkaan tiba di pekan Gerik, solat Subuh dan sarapan pagi
8:30 AM
Tiba di tooltip jettyJeti Pulau Banding
9:00 AM
Taklimat keselamatan, houseboat berlepas, dan sesi ice-breaking oleh guide MMJOC team
12:30 PM
Dijangka sampai ke Pos tooltip sg tiangSungai Tiang
1:00 PM
Makan tengah hari dan rehat di atas houseboat
2:30 PM
Pengalaman Kampung Orang Asli — tooltip cultural visit Lawatan budaya & penglibatan CSR bersama komuniti tempatan
4:00 PM
Treking ke Air Terjun tooltip sg kooiSungai Kooi (45 minit)
6:00 PM
Aktiviti air: tooltip waterberkayak & berakit
8:30 PM
Makan malam
9:00 PM
Sesi tooltip bondingBonding

Hari 2 — Cabaran & Kolaborasi

8:00 AM
Sarapan pagi
9:00 AM
Cabaran tooltip survivalSurvival
Sumpit, membuat api, membina rakit & cabaran berpasukan.
Termasuk pengalaman memasak menggunakan buluh
1:30 PM
Makan tengah hari
3:30 PM
Treking Sungai Papan & pembelajaran tooltip ecologicalekologi (salt lick / "sira")
5:00 PM
Aktiviti air
8:00 PM
Makan malam
9:00 PM
tooltip prize nightMalam Permainan & Penyampaian Hadiah

Hari 3 — Refleksi & Penutup

8:00 AM
Sarapan pagi
9:30 AM
Treking terakhir ke Air Terjun tooltip sg ruokSungai Ruok
1:00 PM
Makan Tengah Hari & Majlis Penutup Program
3:30 PM
Dijangka tamat program dan tiba di jeti awam Pulau Banding

*Programme may be adjusted based on group preferences and conditions.