
Hutan Hujan ajar kita kepimpinan
Jun 10, 2026
Hutan Hujan ajar kita kepimpinan
Jun 10, 2026
Eh, sedap juga
Aktiviti survival cooking antara paling cepat tonjolkan team dynamic.
Waktu ni semua orang tiba² keluar skill yang tak pernah masuk dalam CV.
Ada yang terus ambil alih dapur.
Ada yang bersungguh cari kayu api, dah macam dalam cerita Survivor gayanya.
Ada yang pegang ranting sambil bagi arahan.
Yang hilang 20 minit dan muncul semula masa makanan dah siap pun ada.
Yang kami perasan, orang jarang bincang pun siapa patut buat apa.
Ntah macam mana semua orang cari tempat masing².
Yang bising tak semestinya memasak.
Yang senyap tak semestinya tak membantu.
Dan jenis banyak gelak tu kadang² yang paling banyak buat kerja.
Lepas makan, standard semua akan cakap:
Eh, sedap juga
Walaupun semua tahu nasi tu boleh dijadikan bahan binaan.
Kami tak pasti ini teori organisasi atau cuma orang lapar.




















